Jom Belajar Al-Quran dengan kami

Apa pentingnya untuk belajar Al-Quran?

Manfaat untuk baca Al-Quran memang banyak, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadis-hadis yang sohih. Juga, tak teringin ke kita nak baca Al-Quran dengan nada, tajwid, intonasi yang betul, seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW pada satu masa dahulu? Di bawah ini kami senaraikan antara faedah-faedah membaca Quran

Kitab yang sebenar !

ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ Al-Quran Al Baqarah , ayat 2
Ini adalah Kitab! Tidak ada keraguan padanya, maka menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. Dr. Mustafa Khattab, Al-Quran Jelas
Apa lagi cara yang jelas untuk meyakinkan kita bahawa al-Quran harus menjadi rujukan kita, dan kita tidak boleh mempunyai keraguan mengenainya.

Penawar dah Rahmat

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا AlQuran Surah Al-Isra' Ayat 82
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran apa yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, tetapi ia tidak menambah orang-orang yang zalim melainkan dengan kerugian".
Mereka yang memilih untuk membaca, memahami dan mengikuti al-Quran, sesungguhnya mereka akan mendapat manfaat daripada harta penyembuhannya secara fizikal atau rohani. Dalam dunia di mana jiwa kita berada dalam kemelut dan kebimbangan yang berterusan, kita harus beralih kepada al-Quran untuk membantu kita.

Pahala yang 'mudah' daripada Allah

Nabi Kita yang dikasihi Muhammad SAW berkata: Barangsiapa yang membaca surat dari Kitab Allah, maka ia akan mendapat balasan yang baik, dan ia mendapat pahala sepuluh kali ganda. Saya tidak mengatakan bahawa Alif-Lam-Mim adalah satu surat, tetapi Alif adalah surat, Lam adalah surat dan Mim adalah surat. -Hadith At-tarmizi
Bukankah ini hadiah yang luar biasa dari-Nya?

Jadilah antara muslim terbaik!

Rasulullah SAW menyebut bahawa 'Yang terbaik di antara kamu (orang Islam) ialah orang-orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya" - Hadis Sahih Bukhari
Apabila kita kehilangan di mana untuk memulakan dalam memperbaiki diri kita sendiri, untuk menjadi orang yang lebih baik, belajar membaca Al-Quran akan menjadi permulaan yang baik. Seperti yang disebutkan di atas hadis, salah satu cara untuk menjadi yang terbaik di kalangan kita! Mari kita membaca Al-Quran dan apabila kita menguasainya ia mengajarnya

Ganjaran pahala, ganjaran pahala, ganjaran pahala lagi!

Aishah melaporkan Nabi (صلى الله عليه وسلم) sebagai berkata:Orang yang mahir membaca Al-Qur’an itu bersama dengan para malaikat yang mulia dan taat, manakala mereka yang membaca Al-Qur’an dengan tersekat-sekat (atau merangkak-rangkak) serta dalam keadaan merasa sukar, maka baginya dua pahala.”
-Hadis Sahih (Al-Albani) Ini akan menjadi situasi 'win-win'. Sesungguhnya bila kita baru mula nak baca, pada masa awal-awal, sebab kena baca dengan perlahan, dan banyak bersabar, maka Allah berikan dua pahala. InsyaAllah bila kita dah mahir membaca status kita lebih mulia di sisi Allah SWT.

Pada hari kiamat nanti, Quran akan jadi syafaat kita

Abu Umama berkata beliau mendengar Rasulullah SAW (صلى الله عليه وسلم) meriwayatkan'Baca al-Quran, kerana pada hari kiamat ia akan datang sebagai syafaat bagi mereka yang membacanya ' - Sahih Muslim.  MasyaAllah, alangkah hebatnya, bila kita bertemankan Al-Quran hari2, Insyallah, Quran itu akan jadi syafaat untuk kita.

Kenapa kami?

4 Sebab untuk memilih kami

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk belajar atau memperbaiki bacaan al-Quran anda, Alhamdullilah !

Belajar membaca dalam talian (online) memang salah satu cara untuk belajar Al-Quran yang patut dipertimbangkan. Di sini kami tawarkan

Harga Berpatutan

Kami pastikan bahawa harga kami berpatutan, anda boleh semak sendiri harga online lain !

Guru Pakar

Kami pilih Asatizah yang terbaik sahaja. Semua guru kami berpengalaman, dan senang nak buat berbicara.

Masa yang fleksibel

Anda tentukan hari dan waktu yang sesuai 

Ada kad laporan kemajuan

Kami akan memberikan laporan bertulis mengenai kemajuan anda dan anak anda, untuk mengasas secara prestasti bacaan secara objektif

Soalan lazim.

Ya, memang boleh, tapi mungkin bukan untuk semua.  Itulah sebabnya kami mencadangkan sesi percubaan untuk melihat jika ianya sesuai untuk anda. Kaedah pembelajaran Al-Quran memang kena berguru (talaqqi). Kalau anda anda sambungan internet yang baik, dan komputer, InsyaAllah boleh cuba belajar dengan kami.  Dari pengalaman kami, halangan utama dalam pembelajaran melalui dalam talian, adalah sambungan internet yang baik. 

Asatizah kami selalunya akan cuba sebaik mungkin untuk membolehkan anda dapat pengalaman pembelajaran yang terbaik. Walau bagaimanapun jika terdapat isu-isu yang personal atau rasa tak sesuai dengan asatizah anda, kami boleh cuba carik yang lebih sesuai dengan anda.

Tidak. Anda boleh berhenti pada bila-bila masa. Kami hanya mencadangkan agar anda memberitahu kami 1 bulan lebih awal.

Kami paham, ada was was nak cuba. Itulah sebabnya kami mencadangkan agar anda cuba sesi percubaan dengan kami (free). JIKA sesi tidak sesuai untuk anda takda kewajiban nak teruskan. Tapi lihatlah video kami, memang jelas, dan kalau internet anda elok, tak ade masalah

Tiada bilangan minimum kelas. Anda bayar untuk bilangan kelas yang anda hadiri setiap bulan! Walau bagaimanapun, kami cadangkan untuk anda tetapkan bilangan kelas untuk setiap bulan pada awal bulan bersama asatizah, dan berdisiplin untuk ikut jadual anda.

Tidak pernah terlambat untuk mula baca Quran. Kelas kami mempunyai ramai pelajar dewasa, ada yang mula balik dengan iqra. Tak perlu rasa malu disini, kita semua nak belajar, nak pandai baca Al-Quran. 

Insya-Allah. Kami akan mencari asatizah yang sesuai untuk anak anda. Sesetengah kanak-kanak yang lebih muda mungkin perlukan pengawasan ibu bapa untuk memastikan kelas berjalan lancar. Kami akan berkomunikasi ini dengan anda jika ini perlu

  1. Isi borang di bawah
  2. Dalam masa 24 jam, pasukan kami akan menghubungi anda melalui Whatsapp
  3. Jika anda masih berminat, kami akan membincangkan keperluan anda, dan percubaan PERCUMA dengan asatizah akan dianjurkan secepat mungkin

Jom join hari ini